what's here is hereit is all to my heart contentnot to brag not to lowmay it be true or may it not

Melayu tu apa?

Salam semua.

Kabare? Wes, alhamdulillah. Betul la kot jawa aku nih. Darah jawa aku boleh tahan murtad juga. Tapi tang makanan jawa aku tak berapa murtad. Ehem.


Bila aku baca Ketupat Cinta, ada soalan apakah itu Melayu? Jadi masing masing pun membawa definisi dari hati dan akal sendiri. (nanti aku kisahkan lebih panjang). Aku nak share kongsi apa itu Melayu pada aku dengan anda anda semua. Kalau sudi bacalah. Ecewah.


Melayu tu pada aku, terikat dengan adat. Adat itu pula dipagari agama. Biar lurus tidak membabi buta saja perlakuan. Biar tak ada sembah sembah tak tentu arah bagai. Melayu itu juga rapat dengan tatasila. Kalau main sembrono saja 'kurang' Melayu jadinya. Adabnya Melayu bukan baru semalam, adab itu dari dulu lagi telah disemai tak lari juga dari Islam. Jangan lupa Melayu itu jati dirinya kukuh, semangatnya berani tidak gentar.


Melayu itu juga terkadang hijau dengan dengki. Bila adab lupa, agama juga tiada apalah yang ada.Senang lah haloba dan iblis meraja. Habis anak bini , sanak saudara dilupa. Kalau tak kena cara, Melayu ini 'degil' juga. Yang dilarang itu juga yang dimahu. Terkadang kuat juga alpa Melayu itu bila ditegur kadangkan memberontak kadangkan bagai mencurah air ke daun keladi.


Cenggitulah sedikit sebanyak yang aku rasa. Melayu yang jati bagi aku harus dicari dan dibentuk. Bukan hanya pada label. Bukan hanya pada nama. Aku nak jadi Melayu- Islam yang sebenarnya. Insya-Allah.  Ada satu eksperimen di dini. Cuba anda anda Google Search Images 'melayu' keluar apa? Keris? Tanjak? Cubalah baru tahu..


aku ada buku ni tapi belum khatam. sebab aku beli versi english 'I Too Am Malay' kot? aku baca sikit boleh tahan best.



notabuku: ada orang kata aku skema sebab baca bahan bacaan dari bahasa 'standard' ibunda kita. tak apelah bagi aku kerana bahasanya indah dan buat aku berfikir. Buat apa disanjung tulisan yang entah apa apa tak berilmiah juga. We are what we read.

10 comments:

Kaspersky Murah said...

1 word...
mlyu mudah lupe..
dh elaborate what is MELAYU...

~anchor~ said...

itu melayu sekarang. mmg kcg lupakan kulit. the REAL melayu is yet to be founded again. only if melayu is aware.

Kaspersky Murah said...

noo laaa....mlyu yg tu no longer existed in this world laa...dh lupus pulus..erk

~anchor~ said...

oh camtu eh?

~eda~ said...

best doe ayt ko..hehehe....

~anchor~ said...

eda > trimas!

Zahrah Yunos said...

sebab itulah kita tak boleh bersatu,berdiri atas nama bangsa tapi atas nama Islam.

bukan kau yang skema sebab baca buku yang guna Bahasa Melayu yang betul, tapi orang yang tak hargai bahasa ibunda sendiri tu yang dikatakan "Melayu yang mudah lupa".

(ayat aku pun dah ada unsur-unsur skema ni)

~anchor~ said...

zara> true and true. a senator visited UTM and gave us a short quiz 'are you cultured enough'. memang malu la satu dewan. because we are the ignorant society i.e malays.

ugh, how i hate ignorant people. btw, who says sastera melayu bosan?

Zahrah Yunos said...

yup!
sebelum ni aku pun x minat sastera,
mungkin kurikulum sekolah tak berapa nak berjaya tarik anak muda (yang ignorant cam aku dlu).

tapi lepas baca Hikayat Abdullah(Munsyi Abdullah),barulah ada kesedaran sikit.

~anchor~ said...

oh, i think i need to read it since it's like ur wake up call, i might say. haha