what's here is hereit is all to my heart contentnot to brag not to lowmay it be true or may it not

WARNA

Salam Semua.

Malas nak tulis intro, takde idea maklumlah da stat cuti otak pun malas kerja. (amalan tak mulia) Aku nak kenalkan novel WARNA kepada anda semua. Novel ni novel kompilasi tiga penulis yang bukan maen maen tulisan dia. Semua ada style dan cerita tersendiri. 




Kali ni, watak watak tampil matang gaya wanita terkini. Ewah bahasa aku. Cerita cinta pelik pelik terjun bangunan ke ape tak terdapat di sini ye. Semua 'true' love je. Love stories yang ada:

Nazurah Aishah > Bukan Dipaksa (hasil hasil Nazurah Aishah selalu saja rare bagi aku)

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji berkongsi nyawanya dengan nyawaku.



Rnysa > Hikari Ainori (aku rasa maksudnya Cinta Ilahi. Dua isi utama aku nak 'highlight' : ada kesedaran sikit baca cerita ni and nak cari jodoh kena belajar dekat obesi.

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan. Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram. Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.



Nasz > Karamel (karamel itu benda hangus yang sedap. aku > novel itu benda tebal yang sedap?)

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik + Tak + Berapa + Arif itu yang jadi bos.
"Bila pulak saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... Tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya s-u-k-a berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut. Tapi, logik tak kalau aku nak pijak mulut dia?



Haaaa.. Mesti rasa tertarik tertolak kan nak baca novel ni? Aku malas nak karang ayat jadi aku bagi je la sinopsis kat belakang tuh. Boleh kan? Dengan rasa bangganya walau takda sapa lantik aku jadi hakim, aku bagi 4 bintang kepada WARNA! Anda semua yang sedang baca sila tepuk tangan dengan sunguh sunguh ya! Sekian.

2 comments:

yuki said...

bagus ea ko aza..jd promoter nvl + pengomen nvl..hehe

~anchor~ said...

yuki> apa orang kata? sharing is caring? hehe