what's here is hereit is all to my heart contentnot to brag not to lowmay it be true or may it not

New

  Salam Semua.



Harap semua sihat sihat saja walaupun sibuk menguruskan hal dunia jangan lah lupa kita ada lagi satu 'life' yang menanti. Pesanan lebih buat diri sendiri sebenarnya. Ditakdirkan satu hari aku bersinggah dekat HARRIS, termelekatlah pandangan aku dekat novel yang dijual sekali bertiga dari penulis yang sama la. Boleh tahan murah harga dia kalau beli 1 set. Selalu kan harga standard novel English sebuah RM 35.90. Aku fikir untung kalau beli, try usha novel dia worth la tak kan. Memang mantap Dorothy Koomson ni. Tajuk da la semua comel comel.



Kalau korang faham status kewangan fresh grad yang kerja pon tak tetap, korang faham la status kewangan aku. Jadi, every time aku datang Jusco aku singgah HARRIS untuk baca My Best Friend's Girl. Ada la tiga empat kali aku lepak sambung baca buku tu. Nasib aku tak sorok je buku yang aku baca tu. (tabiat ketika pergi bookstore masa kecik xdapat beli buku diingini jadi sorok so that orang lain pun taboleh amek)

Nak jadi cerita sedihnya bila aku da mampu memiliki 3-in-1 collection tu, HARRIS da tak jual! = =' Langsung, aku bertekad nak cari collection tu dekat MPH selalu mesti ada jugak. Tapi kekangan masa pulak.  Bila la hajat aku ni dapat tercapai agaknya. Altogether DK ada 7 novels. And aku berazam untuk mengumpulkannya. Untuk baca the first chapter of every novels, you guys can visit DK official web here.

Lagi, apa yang baru? Novel - novel dari my all time favourite authors la. Orang kata, kalau tak ada yang lama tak ada la yang baru ye tak? 

Review of CA's novels here and here.

Mahal.Jumpa yang hardcover je.

Review of NS's novels here and here

Review of JP's novel here.

Review of the previous novel here.

Belum kira yang JS lagi. Last time bli JS ialah Quartet. Kalau nak kira novel JS yang aku nak beli 5 tu minimum lah. Sekarang buntu nak buat belanjawan macam mane. Bestnyaaaaaaaa kalau dapat 50% - 70% discounts kan! If you guys wanted to receive updates of your fav author (s) join la Goodreads. Diorang akan send newsletters, tak adalah kita rasa ketinggalan zaman bila visit bookstore or worst, terlepas novel fav author korang!





notabuku: Let the body wanders on behalf of the battered soul.

4 comments:

nuurnoar said...

nicholas spark is my favorite author. Sedih tau baca buku2 die.

Zara Ninomiya said...

next week ade ekspo buku Islam..JS pun ade join skli..aku x jd g bangkok,so 1st day ekspo tu aku akan lepak kat sane!!!!klu ade ape2 pesanan dialu-alukan..heheh =)

~anchor~ said...

nur > sangat... tiap kali baca sedih. akan cepat cepat ke bookstore cari buku ni.


zara > bilakah? aku mau pi juga! next week holiday, yay! xjd p bangkok sbb banjir ke? neway, tq 4 ur offer!

Zara Ninomiya said...

start esok ampi selase depan..kat kl central..gi jgn x gi!